



Saja je aku posting gambar2 ni buat tatapan wife aku... hehehhehee... lagipon alang-alang keluar makan....
Actually, bercerita pasal Al-Jubail ni... bahagian petrochemical plant dia memang vogue the vas... kalau boleh, sebesar alam pak arab ni nak buat.... tapi bila tiba bab bandar Al-Jubail itu sendiri.... adeh.... malas nak cerita sebenarnyer....
Bandar Al-Jubail, terletak di sebelah timur Arab saudi. Kalau nak tau gak, korang try search kat google map je la.... Bandar ni dipenuhi majoriti oleh orang luar seperti India, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan berbagai-bagai bangsa lain.... termasuk la Indonesia dan Malaysia... Disebabkan ramai diantaranya berasal dari 3rd country nationn (TCN), maka... secara tidak langsung kehidupan kat sini sikit tak ubah macam TCN... bandar kotor, ditambah ngan debu, saluran najis bawah tanah yg di jalanan selalu tersumbat, penjaja jalanan dan pelbagai lagi yg aku rasa aku tak patut sebut ada kat sini.... alhamdulillah, apartment yg kami sewa ni mengadap laut... so... takde la rasa teruk sangat... Keadaan trafik kat sini boleh kata tahap "aku takut nak bawak keta kat sini"... hon kat tangan macam tak lepas... hooooooonnnnnn memanjang.... kalau korang lambat gerak lampu hijau walau sesaat... hon... marah orang... hon.... nak bagitau yg dia lalu... hon... sekat kat trafik jem... lagi la hon... tu belum cerita bab memandu di jalan raya, persimpangan dan sebagainyer.... ikut dan dia je... nak parking pon sama..... suka hati mak bapak tiri belah biras ayah sedara dia je...
Bercerita bab kereta pulak... banyak yg tak ada kat mesia... contoh caprice, dodge, lumina V8 dan lain-lain kereta berCC besar yg macam kita tengok cerita omputeh zaman bawang putih bawang merah. Kereta CC besar pon takde masalah... macam apa yg aku dah kata... meter liter lebih laju dari meter harga... Camry 2.4 setangki penuh baru SR20... apa ada hal....
Ok la... nak tido... skang ni kul 10mlm, waktu mesia adalah kul 3 pagi... esok nak kena bangun kul 4... sebab subuh sini awal... kul 4.45 pagi.... wassalam....
No comments:
Post a Comment