

Semalam, beberapa orang antara kami berkumpul di kediaman baru khairil, usop & the gang... diorang sewa 1 bangunan 3 tingkat. Dalam 1 bangunan tu, ada 4 rumah (2 bilik, 1 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang tamu) dan 4 bilik (1 bilik air untuk setiap bilik). Kat sini, penempatan macam tu terhad untuk family sahaja... tak boley ada bujang. sama juga kalau tempat bujang.. tabley ada family. Susah sikit nak adapt cara kat sini... kalau kengkawan yg bawak family tu nak makan kat luar, diorang kena cari kedai makan yg sediakan tempat untuk family... susah kan?... tapi nak buat camana... cara kat sini terlalu particular benda2 camni...

Kat sini... pasir dah jadi pemandangan biasa... paaaaaaassssssiiiiiiiirrrrrrrrrr saja....
aku kat rumah diorang tak lama... lepas tolong angkat aircond.. terus pegi makan kabsa (makan nasi setambun sampai 4 orang pon tak habis 1 hidangan). Sedap siot nasi dia.. butir nasi dia panjang2... sebutir nasi sini sama panjang ngan 2 setengah kali panjang nasi sana....

aku dah tak larat nak makan kabsa lagi dah.... si mat masih lagi menyantap...

Apa2 hal pon.. hati aku ni masih teringat wife dan anak2... semoga kesabaran mereka terbalas.... amin.
No comments:
Post a Comment